Ahad, 11 Februari 2018

BBMA Oma Ally

Bollinger Band
-Bollinger Band ialah indicator utama dalam sistem BBMA Oma Ally. Ia merupakan
indicator standard dalam Metatrader
-2 sifat utama Bollinger Band ialah mengembang dan mendatar

Dalam 3 garisan utama dalam bollinger band yang dikenali sebagai
1. Top Bollinger Band atau Top BB
2. Middle Bollinger Band atau Mid BB

3. Low Bollinger Band atau Low BB


BB Mengembang
-Bollinger Band mengembang menunjukkan ada pergerakan kuat atau momentum harga
sedang berlaku dan menggerakkan arah pasaran  
-Ini memberitahu momentum pergerakan market adalah KUAT

BB Mendatar
-Bollinger Band mendatar apabila tiada momentum dalam pergerakan market. Bollinger
Band akan menguncup dan mengecil
-Dan keadaan ini dipanggil BB Mendatar
-Fenomena ini berlaku biasalah selepas kejatuhan atau kenaikan harga pasaran
BB bertindak sebagai mengawal pergerakan harga
-Bollinger band adalah kunci utama dalam sistem BBMA Oma Ally. Bollinger Band
bertindak sebagai pengawal kenaikan dan penurunan harga dan amat penting dalam
menentukan pergerakan pasaran naik atau turun. (Uptrend atau Downtrend)
-Untuk menentukan trend uptrend dan downtrend ialah dengan menggunakan Mid BB
untuk perubahan arah atau luar BB sebagai market meneruskan perjalanan
-Mid BB ialah sebagai garis pemisah antara pasaran naik atau turun. Ini mesti dikenalpasti
melalui Candlestick (CS) close dibawah atau di atas mid BB

Moving Average
-Moving Average ialah nilai purata pergerakan harga pasaran dalam satu-satu masa.
Ia dijadikan untuk baca trend dengan membandingkan pergerakan harga terhadap garis
MA
-Trend dikatakan naik, apabila harga berada di atas moving average dan harga dikatakan
turun apabila dibawah moving average
-Moving Average juga berfungsi sebagai SUPPORT & RESISTANCE bagi pergerakan
sesuatu harga. MA berada dibawah sebagai SUPPORT , manakan MA berada di atas
sebagai RESISTANCE

Sistem BBMA Oma Ally
Template Lengkap Indi BBMA Oma Ally Boleh Download DISINI

BBMA Oma Ally
-Sebagai permulaan apa yang perlu anda tahu dan betul-betul ingat ialah apa hukum asas
kepada sistem BBMA Oma Ally

Terdapat 2 asas utama yang amat penting:
1. Moving Average tidak boleh berada diluar Bollinger Band

2. Candlestick tidak boleh closed diluar Bollinger Band

Dan terdapat 3 jenis entri utama dalam BBMA Oma Ally
1. Extrem
2. MHV

3. Re-entri

Extrem
-Konsep asas extrem ialah apabila berlaku MA keluar dari Bollinger Band. Dalam kes
normal Ma5 akan keluar dari Bollinger Band. Dan jarang-jarang berlaku MA10 keluar dari
Bollinger Band. Ini merupakan signal awal perubahan / reverse trend akan berlaku
Jadi selepas (1)MA keluar daripada BB, anda tunggu untuk signal comfirmation

seterusnya. Iaitu mesti ada (2)Candle Reverse, dan (3) Candle Retest.

-Bagaimana untuk lakukan entri pada signal Extrem? Ingat, syarat untuk entri ialah di MA 5
sebagai entri. Sebab itu candle retest MA5 adalah tempat entri segera
-Untuk exit, pastikan anda exit di Ma5 / Ma10 Low. Ini adalah exit wajib

Market Hilang Volume (MHV)
-Market hilang volume ialah pengukuhan trend memberi signal kekuatan market sudah
habis, tidak boleh pergi lagi dan bersedia untuk ubah trend. Ini berlaku selepas
pembentukan Extrem
-Untuk entri pastikan (1) candlestick closed dalam BB, ada (2) candle reverse dan
kemudian ada (3) candle retest. Semasa retest ini untuk adalah ruang entri
-Cara untuk entri ialah marking body tertinggi semasa, dan entri dilakukan selepas marking
tersebut

Re-entri

Re-entri boleh dibuat dalam 2 keadaan.
1. Apabila berlaku Candle Arah

2. Apabila berlaku Candle Momentum

Candle Arah
Candle arah bermaksud candle yang menunjukkan arah akan datang. Terdapat 2 jenis

candle arah iaitu: 1. Candle arah awal 2.Candle arah kukuh

Candle Arah (CSA)
-Candle arah awal ialah candle arah yang menunjukkan market akan berubah arah. Ini
boleh dianalisa dengan jelas dengan menggunakan MA5 dan MA10. Biasa market tidak
berpontesi untuk meneruskan perjalanan tetapi akan patah semula
-Apabila (1) candle close di atas / bawah MA5 / MA10 ini akan menjadi itu candle arah awal
dan apabila (2) candle close di atas / bawah MA5/MA10 + Mid BB itu akan menjadikan
candle arah kukuh - Market akan meneruskan destinasi seterusnya ke top atau low BB
-Apabila sudah ada candle arah barulah re-entri boleh dilakukan, ini bermakna apabila
anda nampak sahaja candle arah berlaku, tunggu candle lakukan retest semula pada MA5
/ M10 pada timeframe sama. Jangan sesekali terus masuk kecuali anda sudah
berpengalaman dengan multi-timeframe setup
-Perhatikan dalam candle arah awal (bear candle) memberikan signal untuk re-entri sell.
Untuk entri anda mesti tunggu candle retest semula ma5 ma10 high
-Perhatikan juga, konsep candle arah boleh dimatikan oleh candle arah baru. Jadi arah
awal batal
-Tengok pada bearish kedua selepas retest candle tadi, kalau ikutkan itu adalah signal
candle arah yang kukuh, tetapi apabila berlaku retest, candlestick tersebut close di atas
MA5/M10 high, jadi ini akan menjadi candle arah kukuh baru dan anda mesti tunggu retest
di MA5/MA10 low untuk re-entri buy

Credit To : Oma Ally & Roohi Adnan


1 ulasan:

  1. Cobain gan buat screen signal bbma, jadi gk pantengin chart mulu.
    cara kerjanya kalau ada signal CSA,CSAK,EXTREEM Dll nanti akan otomatis ada alert di tradingview atau jika tidak familier dengan tradingview bisa pake chanel telegramnya
    esekusi tetap di MT4 atau MT5

    INDIKATOR BBMA TRADINGVIEW https://bit.ly/3hZwGIV
    ALERT BBMA TRADINGVIEW https://bit.ly/2XGYsTf
    CHANEL TELEGRAM BBMA ALERT https://t.me/bbmaalert

    BalasPadam